Frequently Asked Questions - All FAQs
Gigi sensitif ialah rasa ketidakselesaan atau sakit pada gigi. Gigi sensitif berlaku apabila lapisan luar yang melindungi gigi, iaitu enamel atau cementum terhakis hingga menyebabkan pendedahan lapisan dentin. Dentin terdiri daripada lubang-lubang kecil yang dipanggil tubul. Di hujung tubul-tubul ini terkandung cabang saraf yang berasal dari pulpa gigi (pusat saraf gigi). Apabila lapisan dentin yang terdedah ini bersentuh dengan sesuatu yang sejuk contohnya, cabang saraf di dalam gigi akan distimulasikan dan ini menyebabkan kesakitan gigi sensitif. Gigi sensitif berlaku di sebabkan beberapa sebab antaranya gusi menyusut, penyakit gusi dan penyakit tulang penyokong gigi, lelasan gigi, penyakit sistemik seperti bulimia dan anorexia dan refluks gastrik
Kes kecemasan pergigian adalah keperluan rawatan segera yang melibatkan kecederaan pada tisu keras (patah gigi atau tulang rahang) dan tisu lembut (bibir, gusi dan kulit luar sekitar mulut) atau luka pendarahan daripada kemalangan, sukan atau cabutan gigi.Jika anda memerlukan rawatan kecemasan di luar waktu operasi klinik primer, anda boleh terus ke Jabatan Kecemasan Hospital Ampang.
Elakkan daripada berbuat demikian kerana sakit gigi bukan kes kecemasan. Kebiasaannya sakit gigi akan berkurangan jika anda mengambil ubat penahan sakit seperti 2 biji (1000mg) Paracetamol (Panadol) atau 500mg Mefenamic acid (Ponstan). Sila ke klinik gigi berhampiran pada keesokan hari untuk mendapatkan rawatan.
- Warganegara ;
- Kad pengenalan asal (MyKad, MyKid atau sijil beranak, MyPR)
- Kad pesara (bagi pesara kerajaan) asal dan 1 keping salinan
- Surat pengesahan jabatan (bagi penjawatan awam) atau surat pengesahan sekolah (bagi murid sekolah) - sah 3 bulan dari lawatan pertama.
- Buku rekod kesihatan ibu mengandung (buku merah) untuk pesakit yang mengandung.
- Kad OKU asal dan 1 keping salinan
- Warganegara asing dan pemastautin tetap;
- Kad pengenalan asal (Passport, MyPR)
- Kad UNHCR asal dan 1 keping salinan
- Sijil nikah asal dan 1 keping salinan jika berkahwin dengan warganegara
- Buku rekod kesihatan ibu mengandung (jika ada) untuk pesakit yang mengandung
Anda boleh merujuk Caj Rawatan Pergigian yang dikenakan.
Sila ambil perhatian bahawa;
- Pengecualian bayaran untuk warga emas (60 tahun ke atas) adalah untuk caj pendaftaran/perundingan sahaja. Bayaran untuk rawatan tetap dikenakan seperti biasa.
- Pengecualian bayaran bagi penjawat awam, OKU, ibu mengandung dan murid sekolah (warganegara dengan pengesahan) hanya terhad kepada rawatan asas sahaja. Bayaran untuk gigi palsu dan prostesis lain seperti korona, jambatan atau implan adalah sama seperti yang telah ditetapkan.
- Caj rawatan untuk anak tiri kepada warganegara, yang tidak mendapat taraf kewarganegaraan atau pemastautin tetap adalah seperti caj warga asing, walaupun mempunyai surat pengesahan sekolah.
- Pemegang kad UNHCR akan dicaj separuh daripada caj warga asing.
Sila maklumkan kepada petugas kaunter jika anda:
- Mengandung
- Mempunyai masalah kesihatan kronik seperti penyakit jantung, kencing manis, tekanan darah (tinggi/rendah), penyakit hati/jaundis, sawan atau asma dan lain-lain seperti kegagalan buah pinggang dan sebagainya.
- AIDS, Radang hati/hepatitis (terutamanya 1. dan 2.), Batuk kering (Tibi) dan sebagainya
Hanya kes-kes yang melibatkan rawatan kecemasan dan kadar caj berdasarkan Akta FI (Kesihatan) 1951 untuk Warga Asing.
Gingivitis adalah penyakit gusi tahap awal yang biasa dialami di seluruh dunia.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan bahawa 1 antara 4 orang dewasa mengalami salah satu jenis jangkitan bakteria ini, dengan 15 hingga 20 peratus daripadanya menderita tahap yang teruk.
Kita mungkin mudah terlepas pandang tanda-tanda penyakit gusi. Menurut suatu persatuan pergigian profesional, hanya 10% orang dewasa yang mengalami penyakit gusi ini menyedarinya. Namun jika gusi anda bengkak atau mudah berdarah apabila diberus atau diflos, anda mungkin mengalami gingivitis. Ketiadaan rasa sakit apabila mengalami gingivitis adalah sebab ramai orang terlepas pandang penyakit ini.
Punca paling biasa adalah teknik dan penjagaan mulut di rumah yang kurang sempurna. Apabila memberus, memflos dan berkumur tidak diamalkan setiap hari, bakteria dari sisa makanan akan terkumpul dan membentuk lapisan tebal yang dikenali sebagai plak yang boleh membawa kepada tartar dan lama-kelamaan menghakis gigi.

