Frequently Asked Questions - Soalan Pakar

FAQs - Soalan Pakar

Gingivitis adalah penyakit gusi tahap awal yang biasa dialami di seluruh dunia.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan bahawa 1 antara 4 orang dewasa mengalami salah satu jenis jangkitan bakteria ini, dengan 15 hingga 20 peratus daripadanya menderita tahap yang teruk.

Kita mungkin mudah terlepas pandang tanda-tanda penyakit gusi. Menurut suatu persatuan pergigian profesional, hanya 10% orang dewasa yang mengalami penyakit gusi ini menyedarinya. Namun jika gusi anda bengkak atau mudah berdarah apabila diberus atau diflos, anda mungkin mengalami gingivitis. Ketiadaan rasa sakit apabila mengalami gingivitis adalah sebab ramai orang terlepas pandang penyakit ini.

Punca paling biasa adalah teknik dan penjagaan mulut di rumah yang kurang sempurna. Apabila memberus, memflos dan berkumur tidak diamalkan setiap hari, bakteria dari sisa makanan akan terkumpul dan membentuk lapisan tebal yang dikenali sebagai plak yang boleh membawa kepada tartar dan lama-kelamaan menghakis gigi.

Rutin pembersihan mulut yang baik dan berkesan yang termasuk pemberusan dan memflos gigi dua kali sehari, mampu memulihkan penyakit gusi peringkat awal yang dikenali sebagai gingivitis. Menjadualkan pemeriksaan gigi sekali setiap enam bulan juga mustahak untuk memastikan kebersihan dan kesihatan mulut anda. Ini kerana tartar yang terkumpul hanya dapat dibuang menggunakan peralatan profesional di klinik doktor gigi.

Langkah paling mustahak dalam merawat gingivitis adalah dengan memberi perhatian kepada gejala yang kelihatan tidak memudaratkan seperti sedikit titisan darah di dalam sinki semasa anda memflos atau memberus gigi, atau kerengsaan gusi yang kelihatan merah dan/atau bengkak. Jika simptom-simptom ini muncul, buat temu janji dengan doktor gigi anda untuk mengenal pasti puncanya dan memeriksa gigi serta gusi anda. Doktor gigi anda mungkin mencadangkan amalan penjagaan di rumah untuk gigi anda, termasuklah menambah penggunaan kumuran antiseptik dalam rutin anda. Jika kumpulan bakteria telah terbentuk di sekeliling gigi dan gusi mula menyusut dari gigi, anda mungkin perlu melakukan pembersihan dalaman yang akan dibuat doktor gigi atau pakar periodontik (doktor gigi dengan pengkhususan dalam kesihatan gusi). Walaupun begitu, penyakit gusi ringan di peringkat awal sebegini masih boleh dicegah. Namun, jika ia tidak dirawat dan tidak diberikan perhatian, gingivitis boleh melarat menjadi penyakit gusi peringkat lanjutan (periodontitis), yang menjadi penyebab utama kehilangan gigi di kalangan orang dewasa.

Gingivitis yang tidak dirawat selalunya akan perlahan-lahan berubah kepada periodontitis. Periodontitis boleh melibatkan ligamen periodontal dan juga tulang alveolar, iaitu struktur yang menyokong gigi anda. Dalam periodontitis peringkat kronik, ligamen periodontal dan tulang alveolar boleh musnah dengan banyak, lalu gigi akan kehilangan struktur yang menyokongnya. Dan apa akan jadi jika tiang penyokong rumah runtuh? Rumah pun akan turut sama runtuh

Gejala-gelaja periodontitis:
ging min

Sumber: http://www.clinicaoliva.com

  1. Mulut berbau.
  2. Penyusutan gusi berlaku, jadi gigi tampak lebih panjang.
  3. Gigi terasa sensitif terhadap minuman sejuk.
  4. Gigi terasa longgar.
  5. Gigi bergerak, lalu susunan gigi agak senget berbanding sebelumnya.
  6. Gusi bengkak dan bernanah.
  7. Sakit berdenyut-denyut pada gusi.

Secara umumnya, rawatan untuk penyakit gusi adalah scaling dan curettage. Doktor anda mungkin akan membekalkan anda dengan ubat untuk dikumur atau ditelan, bergantung kepada tahap penyakit gusi anda. Sekiranya anda mengalami sebarang masalah dalam memberus atau memflos gigi, anda boleh mendapatkan nasihat doktor gigi berhampiran. Boleh jadi kaedah yang anda gunakan tidak sesuai dengan gigi anda, dan doktor gigi anda boleh mencadangkan kaedah yang lebih berkesan khusus untuk anda. Seperti kata pepatah yang tidak asing lagi, “Mencegah lebih baik daripada mengubati.”

  • Fake bracesialah braces palsu yang dipasang pada gigi yang menyerupai braces sebenar (aplian tetap ortodontik)
  • Terdapat dua aspek di dalam pendakap palsu (Fake Braces)

1) Peralatan bukan ortodontik. Aplians diperbuat dengan mengubahsuai klip kertas atau butang.

2) Peralatan ortodontik tetapi dipasang oleh perawat bukan doktor gigi

  • Walau bagaimanapun ianya tidak berfungsi seperti aplian tetap ortodontik
  • Fake braces ini dibeli secara online melalui media internet iaitu instagram, facebook dan twitter
  • Pemasangan fake bracesini dibuat sendiri oleh pembelinya. Tutorial yang menunjuk ajar cara memasang fake braces ini berleluasa di laman media sosial. Ada juga perkhidmatan memasang fake braces ini di hotel-hotel atau dari rumah ke rumah para pembelinya
  • Mereka semata-mata untuk mengaut keuntungan sehingga pelbagai janji manis ditaburkan tanpa memberitahu sepenuhnya kesan dan akibat yang bakal berlaku
FaLang translation system by Faboba