Frequently Asked Questions - All FAQs

Please select your question category

Search FAQs
View all frequently asked questions

Dental karies ialah penyakit microbial kepada tisu gigi yang melibatkan demineralisasi kepada bahan organic dan pemusnahan bahan bukan organik pada struktur gigi yang seterusnya mengakibatkan gigi berlubang

Dental karies selalunya dirawat dengan membuang struktur gigi yang telah rosak dan diikuti dengan tampalan untuk menggantikan struktur gigi yang telah hilang. Bahan tampalan termasuklah komposit dan amalgam. Walaubagaimanapun jika hanya terdapat titik putih pada permukaan gigi, ataupun dikenali sebagai tanda-tanda awal kerosakan gigi yang berpunca daripada pelarutan bahan organik dalam gigi tampalan tidak di perlukan. Contoh rawatan yang di perlukan hanyalah penyapuan fluoride topikal, pemeriksaan gigi secara berkala dan arahan penjagaan kebersihan mulut.

Ini disebabkan oleh masalah gusi yang sedia ada yang berlaku di sebabkan oleh kesihatan mulut yang teruk dengan pembentukan plak dan karang gigi yang mengandungi bacteria. Kehadiran agen keradangan ini akan menyebabkan ulserasi mikroskopik pada tisu gusi dan apa-apa sentuhan fizikal ke atas kawasan terbabit akan meyebabkan pendarahan ke atas gusi tersebut. Dalam beberapa kondisi lain, terdapat kes sistemik dan ubat-ubatan yang akan meyebabkan pendarahan gusi secara tiba-tiba. Oleh yang demikian adalah di syorkan untuk berjumpa doctor gigi bagi mendapatkan khidmat nasihat.

Tidak. Anda tidak boleh berhenti memberus gigi. Apabila gusi berdarah bila memberus gigi itu ialah tanda-tanda yang anda telah mengalami masalah keradangan gusi. Sebaliknya anda perlu terus memberus gigi supaya plak yang terhasil pada permukaan gigi selalu dibersihkan. Pemeriksaan gigi oleh doktor gigi adalah perlu untuk mengetahui penyebab berlakunya pendarahan gusi dan rawatan yang sepatutnya dapat di lakukan ke atas gigi anda

Adalah di di syorkan untuk mendapatkan pemeriksaan gigi sebanyak 2 kali setahun. Walaubagaimanapun bergantung kepada keadaan kesihatan mulut dan jenis rawatan yang di berikan, jangkamasa untuk pemeriksaan gigi mungkin berlainan bagi setiap individu.

Rawatan akar gigi merupakan rawatan khusus bagi membaik pulih keadaan gigi supaya dapat di kekalkan di dalam mulut sebagai alternative kepada cabutan gigi yang akan selanjutnya menyebabkan penyusutan tulang sokongan gigi dan pergerakan gigi ke arah ruang kosong yang ketiadaan gigi. Rawatan akar gigi melibatkan pembuangan tisu saraf yang tidak sihat yang menjadi sumber makanan bagi bakteria yang wujud dalam gigi selain daripada mengisi dan menyekat ruang akar gigi supaya tiada ruang bagi bakteria untuk hidup dan melawan imunisasi badan kita. Rawatan ini memerlukan beberapa temujanji dengan doktor gigi dan pematuhan pada temujanji adalah amat penting untuk menyudahkan rawatan akar gigi ini.

Gigi goyang boleh di sebabkan oleh beberapa faktor contohnya kesihatan mulut yang teruk yang akan menyebabkan penyakit gusi yang akhirnya memusnahkan tulang penyokong gigi, trauma kepada tulang penyokong gigi yang menyebabkan kepatahan padanya ataupun keradangan pada struktur akar gigi. Rwatan bagi gigi yang bergoyang sangat bergantung kepada penyebab dan keterukan kondisi gigi tersebut, oleh itu khidmat nasihat daripada doctor gigi amatlah di perlukan.

Cabutan gigi asal untuk memuatkan gigi palsu adalah tidak di rokemenkan untuk setiap pesakit. Keputusan untuk mengekalkan atau cabutan gigi perlu di buat haruslah di putuskan bergantung kepada kegunaan gigi terbabit di dalam mulut, estetik dan prognosis gigi palsu tersebut.

Gigi sensitif ialah rasa ketidakselesaan atau sakit pada gigi. Gigi sensitif berlaku apabila lapisan luar yang melindungi gigi, iaitu enamel atau cementum terhakis hingga menyebabkan pendedahan lapisan dentin. Dentin terdiri daripada lubang-lubang kecil yang dipanggil tubul. Di hujung tubul-tubul ini terkandung cabang saraf yang berasal dari pulpa gigi (pusat saraf gigi). Apabila lapisan dentin yang terdedah ini bersentuh dengan sesuatu yang sejuk contohnya, cabang saraf di dalam gigi akan distimulasikan dan ini menyebabkan kesakitan gigi sensitif. Gigi sensitif berlaku di sebabkan beberapa sebab antaranya gusi menyusut, penyakit gusi dan penyakit tulang penyokong gigi, lelasan gigi, penyakit sistemik seperti bulimia dan anorexia dan refluks gastrik

  1. Tampalan gigi berlubang (sementara atau kekal)
  2. Cucian gigi (penskaleran)
  3. Rawatan kanal akar
  4. Gigi palsu (penuh atau sebahagian)
  5. Cabutan gigi
  6. Sapuan flourida dan sealan fisur (untuk kanak-kanak)

Klinik pergigian dibuka setiap hari kecuali sabtu, ahad dan cuti kelepasan, tetapi rawatan pesakit luar hanya disediakan pada hari dan waktu tertentu mengikut klinik. Sila rujuk jadual rawatan di klinik pergigian berdekatan anda.

*Rujuk: Maklumat Klinik Pergigian

Kes kecemasan pergigian adalah keperluan rawatan segera yang melibatkan kecederaan pada tisu keras (patah gigi atau tulang rahang) dan tisu lembut (bibir, gusi dan kulit luar sekitar mulut) atau luka pendarahan daripada kemalangan, sukan atau cabutan gigi.Jika anda memerlukan rawatan kecemasan di luar waktu operasi klinik primer, anda boleh terus ke Jabatan Kecemasan Hospital Ampang.

Elakkan daripada berbuat demikian kerana sakit gigi bukan kes kecemasan. Kebiasaannya sakit gigi akan berkurangan jika anda mengambil ubat penahan sakit seperti 2 biji (1000mg) Paracetamol (Panadol) atau 500mg Mefenamic acid (Ponstan). Sila ke klinik gigi berhampiran pada keesokan hari untuk mendapatkan rawatan.

  1. Warganegara ;
    • Kad pengenalan asal (MyKad, MyKid atau sijil beranak, MyPR)
    • Kad pesara (bagi pesara kerajaan) asal dan 1 keping salinan
    • Surat pengesahan jabatan (bagi penjawatan awam) atau surat pengesahan sekolah (bagi murid sekolah) - sah 3 bulan dari lawatan pertama.
    • Buku rekod kesihatan ibu mengandung (buku merah) untuk pesakit yang mengandung.
    • Kad OKU asal dan 1 keping salinan
  2. Warganegara asing dan pemastautin tetap;
    • Kad pengenalan asal (Passport, MyPR)
    • Kad UNHCR asal dan 1 keping salinan
    • Sijil nikah asal dan 1 keping salinan jika berkahwin dengan warganegara
    • Buku rekod kesihatan ibu mengandung (jika ada) untuk pesakit yang mengandung

Anda boleh merujuk Caj Rawatan Pergigian yang dikenakan.

Sila ambil perhatian bahawa;

  • Pengecualian bayaran untuk warga emas (60 tahun ke atas) adalah untuk caj pendaftaran/perundingan sahaja. Bayaran untuk rawatan tetap dikenakan seperti biasa.
  • Pengecualian bayaran bagi penjawat awam, OKU, ibu mengandung dan murid sekolah (warganegara dengan pengesahan) hanya terhad kepada rawatan asas sahaja. Bayaran untuk gigi palsu dan prostesis lain seperti korona, jambatan atau implan adalah sama seperti yang telah ditetapkan.
  • Caj rawatan untuk anak tiri kepada warganegara, yang tidak mendapat taraf kewarganegaraan atau pemastautin tetap adalah seperti caj warga asing, walaupun mempunyai surat pengesahan sekolah.
  • Pemegang kad UNHCR akan dicaj separuh daripada caj warga asing.

Sila maklumkan kepada petugas kaunter jika anda:

  1. Mengandung
  2. Mempunyai masalah kesihatan kronik seperti penyakit jantung, kencing manis, tekanan darah (tinggi/rendah), penyakit hati/jaundis, sawan atau asma dan lain-lain seperti kegagalan buah pinggang dan sebagainya.
  3. AIDS, Radang hati/hepatitis (terutamanya 1. dan 2.), Batuk kering (Tibi) dan sebagainya

Hanya kes-kes yang melibatkan rawatan kecemasan dan kadar caj berdasarkan Akta FI (Kesihatan) 1951 untuk Warga Asing.

Gingivitis adalah penyakit gusi tahap awal yang biasa dialami di seluruh dunia.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan bahawa 1 antara 4 orang dewasa mengalami salah satu jenis jangkitan bakteria ini, dengan 15 hingga 20 peratus daripadanya menderita tahap yang teruk.

Kita mungkin mudah terlepas pandang tanda-tanda penyakit gusi. Menurut suatu persatuan pergigian profesional, hanya 10% orang dewasa yang mengalami penyakit gusi ini menyedarinya. Namun jika gusi anda bengkak atau mudah berdarah apabila diberus atau diflos, anda mungkin mengalami gingivitis. Ketiadaan rasa sakit apabila mengalami gingivitis adalah sebab ramai orang terlepas pandang penyakit ini.

Punca paling biasa adalah teknik dan penjagaan mulut di rumah yang kurang sempurna. Apabila memberus, memflos dan berkumur tidak diamalkan setiap hari, bakteria dari sisa makanan akan terkumpul dan membentuk lapisan tebal yang dikenali sebagai plak yang boleh membawa kepada tartar dan lama-kelamaan menghakis gigi.

Rutin pembersihan mulut yang baik dan berkesan yang termasuk pemberusan dan memflos gigi dua kali sehari, mampu memulihkan penyakit gusi peringkat awal yang dikenali sebagai gingivitis. Menjadualkan pemeriksaan gigi sekali setiap enam bulan juga mustahak untuk memastikan kebersihan dan kesihatan mulut anda. Ini kerana tartar yang terkumpul hanya dapat dibuang menggunakan peralatan profesional di klinik doktor gigi.

Langkah paling mustahak dalam merawat gingivitis adalah dengan memberi perhatian kepada gejala yang kelihatan tidak memudaratkan seperti sedikit titisan darah di dalam sinki semasa anda memflos atau memberus gigi, atau kerengsaan gusi yang kelihatan merah dan/atau bengkak. Jika simptom-simptom ini muncul, buat temu janji dengan doktor gigi anda untuk mengenal pasti puncanya dan memeriksa gigi serta gusi anda. Doktor gigi anda mungkin mencadangkan amalan penjagaan di rumah untuk gigi anda, termasuklah menambah penggunaan kumuran antiseptik dalam rutin anda. Jika kumpulan bakteria telah terbentuk di sekeliling gigi dan gusi mula menyusut dari gigi, anda mungkin perlu melakukan pembersihan dalaman yang akan dibuat doktor gigi atau pakar periodontik (doktor gigi dengan pengkhususan dalam kesihatan gusi). Walaupun begitu, penyakit gusi ringan di peringkat awal sebegini masih boleh dicegah. Namun, jika ia tidak dirawat dan tidak diberikan perhatian, gingivitis boleh melarat menjadi penyakit gusi peringkat lanjutan (periodontitis), yang menjadi penyebab utama kehilangan gigi di kalangan orang dewasa.

Gingivitis yang tidak dirawat selalunya akan perlahan-lahan berubah kepada periodontitis. Periodontitis boleh melibatkan ligamen periodontal dan juga tulang alveolar, iaitu struktur yang menyokong gigi anda. Dalam periodontitis peringkat kronik, ligamen periodontal dan tulang alveolar boleh musnah dengan banyak, lalu gigi akan kehilangan struktur yang menyokongnya. Dan apa akan jadi jika tiang penyokong rumah runtuh? Rumah pun akan turut sama runtuh

Gejala-gelaja periodontitis:
ging min

Sumber: http://www.clinicaoliva.com

  1. Mulut berbau.
  2. Penyusutan gusi berlaku, jadi gigi tampak lebih panjang.
  3. Gigi terasa sensitif terhadap minuman sejuk.
  4. Gigi terasa longgar.
  5. Gigi bergerak, lalu susunan gigi agak senget berbanding sebelumnya.
  6. Gusi bengkak dan bernanah.
  7. Sakit berdenyut-denyut pada gusi.

Secara umumnya, rawatan untuk penyakit gusi adalah scaling dan curettage. Doktor anda mungkin akan membekalkan anda dengan ubat untuk dikumur atau ditelan, bergantung kepada tahap penyakit gusi anda. Sekiranya anda mengalami sebarang masalah dalam memberus atau memflos gigi, anda boleh mendapatkan nasihat doktor gigi berhampiran. Boleh jadi kaedah yang anda gunakan tidak sesuai dengan gigi anda, dan doktor gigi anda boleh mencadangkan kaedah yang lebih berkesan khusus untuk anda. Seperti kata pepatah yang tidak asing lagi, “Mencegah lebih baik daripada mengubati.”

  • Fake bracesialah braces palsu yang dipasang pada gigi yang menyerupai braces sebenar (aplian tetap ortodontik)
  • Terdapat dua aspek di dalam pendakap palsu (Fake Braces)

1) Peralatan bukan ortodontik. Aplians diperbuat dengan mengubahsuai klip kertas atau butang.

2) Peralatan ortodontik tetapi dipasang oleh perawat bukan doktor gigi

  • Walau bagaimanapun ianya tidak berfungsi seperti aplian tetap ortodontik
  • Fake braces ini dibeli secara online melalui media internet iaitu instagram, facebook dan twitter
  • Pemasangan fake bracesini dibuat sendiri oleh pembelinya. Tutorial yang menunjuk ajar cara memasang fake braces ini berleluasa di laman media sosial. Ada juga perkhidmatan memasang fake braces ini di hotel-hotel atau dari rumah ke rumah para pembelinya
  • Mereka semata-mata untuk mengaut keuntungan sehingga pelbagai janji manis ditaburkan tanpa memberitahu sepenuhnya kesan dan akibat yang bakal berlaku
  • mengikut trend semasa sebagai aksesori dalam senyuman dan terikut-ikut dengan selebriti dan artis
  • menjadi lambang kekayaan bagi sesetengah orang
  • rawatan yang cepat dan mudah diperolehi dan sekali gus mengaburi pelanggan (pesakit) itu sendiri untuk menyedari risiko yang mereka bakal hadapi dari aspek keselamatan dan komplikasi rawatan
  • lebih murah dan tidak memerlukan rawatan rumit dan harga bagi pendakap gigi palsu adalah dalam lingkungan RM100 hingga RM150 sahaja
  • isu jangkitan silang yang disebabkan oleh penggunaan peralatan dan persekitaran yang tidak bersih sehingga boleh menyebabkan jangkitan seperti AIDS dan Hepatitis kerana tidak disteril,
  • kandungan bahan-bahan di dalam pendakap gigi palsu adalah tidak berkualiti dan tidak selamat serta boleh menyebabkan beberapa perkara seperti tercekik kerana gam yang digunakan bukan khusus untuk pemasangan pendakap gigi dan keracunan yang boleh menyebabkan kematian
  • terjadinya masalah gusi dan gigi rosak serta bergoyang serta tertanggal dari tulang gigi akibat dari pergerakan gigi secara tidak langsung
  • trauma akibat tercucuk pipi dan mukosa mulut yang boleh terjadinya ulser
  • Bahan tulen : Kawalan kualiti yang tinggi serta logam-logam khas dawai yang terdiri daripada nikel titanium hasil daripada NASA Space Program. Spesifikasi dan ketebalan dawai yang digunakan adalah sangat tepat.
  • Fake braces: Menggunakan klip kertas (paper clip) untuk mengikat gigi. Spesifikasi tidak sebenarnya mengikut kualiti seperti yang ditetapkan. Benda yang dilekat pada gigi terbuat daripada plastik berbentuk corak popular seperti Hello Kitty, Mickey Mousedan sebagainya. Sebenarnya, bentuk seperti itu bukan bertujuan untuk pergerakan gigi tetapi lebih kepada fesyen.
  • Segeralah mengunjungi klinik pergigian terdekat untuk menanggalkan fake braces ini
  • Pemeriksaan penuh juga akan dilakukan oleh doktor gigi untuk memastikan tiada sebarang kerosakan pada gigi telah berlaku. Pesakit juga boleh mendapat konsultasi dari doktor pergigian mengenai rawatan ortodontik yang betul
  • Menjalankan siasatan serius terhadap pengamal pergigian tidak bertauliah melalui aduan dan maklumat yang didapati
  • Mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab serta membahayakan kesihatan awam
  • Memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia supaya tidak mendapatkan apa-apa rawatan pendakap gigi (braces) yang diberikan oleh pengamal pergigian haram
  • Boleh didakwa mengikut Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) dan kesalahan dilakukan di bawah subseksyen 4(1) Akta 586
  • boleh dihukum mengikut subperenggan 5(1)(a)(i) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM 300 000 atau penjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya
  • ditawarkan kepada pelajar sekolah, kerana kumpulan ini adalah kumpulan “priority”. Mereka (yang  berumur 18 tahun ke bawah) disaring terdahulu untuk menentukan keperluan rawatan  mengikut indeks keperluan rawatan.
  • perlu menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan ortodontik
  • perlu hadir ke klinik pergigian dan mendapatkan pemeriksaan awal dari doktor pergigian. Keadaan gigi dan masalah pesakit akan dinilai oleh doktor gigi. Pesakit akan dirujuk kepada Pakar Ortodontik sekiranya memenuhi kriteria-kriteria (indeks keperluan rawatan) yang telah ditetapkan, untuk itu surat rujukan akan dikeluarkan.
  • bagi 18 tahun ke bawah, bagi kes orang dewasa (18 tahun ke atas) sekiranya selepas disaring oleh Pakar Ortodontik, dan didapati pesakit perlukan rawatan pelbagai disiplin (multi discipline management) masih boleh diberi pertimbangan untuk diberi rawatan ortodontik di klinik kerajaan

Purata masa rawatan aktif ialah selama 3 tahun. Terdapat juga kes yang berlanjutan lebih daripada 3 tahun disebabkan beberapa faktor seperti :

  1. Pesakit gagal menepati temujanji
  1. Kekerapan kerosakan appliance
  1. Kes ‘transfer case’
  • Bilangan pesakit yang memerlukan rawatan (demand) adalah terlalu ramai dari yang dapat dirawat pada satu satu masa.
  • Bilangan Pakar Ortodontik terhad di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  • Jangkamasa rawatan ortodontik agak panjang (2 ke  3 tahun). Tidak seperti rawatan lain dapat diselesaikan dalam 1 hingga 2  lawatan, bagi setiap kes ortodontik untuk menyelesaikan sesuatu kes ortodontik lawatan berkala diperlukan dan mengambil masa purata 2 tahun.
  • Pesakit yang telah mula  rawatan , perlu membuat rawatan susulan 6-8 minggu sekali sehingga tamat rawatan
  • Semua pengguna berhati-hati dengan sebarang perkhidmatan pergigian tidak berdaftar. Gunakanlah khidmat kesihatan pergigian kerajaan atau swasta yang terbukti pendaftarannya dengan pihak autoriti
  • Orang awam juga dinasihati agar memboikot sebarang khidmat pergigian di rumah-rumah, hotel-hotel, dan premis tidak berdaftar. Laporkan sebarang kegiatan mereka kepada pihak kementerian dan sama sekali jangan menyokong aktiviti haram ini
  • Semua pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan diharap dapat menyokong inisiatif dan penguatkuasaan oleh pihak kerajaan dan seruan-seruan yang dilaungkan mestilah tidak bertentangan dengan polisi dan undang-undang yang telah digariskan
  • Orang awam boleh membuat aduan terus ke Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia

Kepakaran ini memberi keutamaan kepada fungsi dan estetik. Antara rawatan yang dijalankan adalah :
• Rawatan kanal akar (endodontik)
• Pembuatan korona gigi dan Jambatan korona gigi (Prosthodontik)
• Rehabilitasi mulut
• Implan gigi

Rawatan kanal akar merupakan rawatan alternative bagi gigi yang telah rosak di mana tisu pulpa telah dijangkiti atau telah mati, agar gigi tersebut tidak dicabut dan boleh terus kekal berfungsi di dalam mulut.

  • Gigi yang rosak teruk sehingga melibatkan lapisan pulpa
  • Gigi yang telah mati (non-vital)
  • Gigi yang mempunyai tampalan besar dan diindikasikan untuk pembuatan korona kadang-kadang memerlukan rawatan akar terlebih dahulu untuk perletakan tiang dan teras.
  • Ketidakselesaan atau kesakitan bertambah teruk
  • Jangkitan atau nanah akan terjadi pada gigi tersebut
  • Gigi mungkin terpaksa dicabut
  • Kebiasaan nya rawatan ini memerlukan lebih daripada satu temujanji bergantung pada tahap kerumitannya.
  • Radiograph gigi akan diambil sebelum rawatan bermula untuk melihat bilangan dan keadaan akar gigi yang bermasalah
  • Bahagian karies gigi yang rosak akan dibuang dan dibersihkan, seterusnya tisu pulpa yang rosak / infeksi / reput akan dibuang, & salur akar akan dibentuk, serta dibersihkan dengan bahan disinfeksi
  • Salur akar yang telah dibersihkan akan ditampal menggunakan bahan tampalan akar (Gutta Percha) jika tiada lagi sebarang tanda & gejala infeksi
  • Gigi akan ditampal tetap selepas rawatan salur akar selesai
  • Gigi anda mungkin akan mengalami sedikit pendarahan, sakit, bengkak, dan tidak selesa
  • Jangkitan kuman boleh juga terjadi, ini akan dirawat dengan pembersihan semula salur akar& preskripsi ubat tahan sakit
  • Antibiotik hanya akan diberikan jika ada tanda – tanda sistemik seperti demam

Kepakaran ini memberi keutamaan kepada fungsi dan estetik. Antara rawatan yang dijalankan adalah :
• Rawatan kanal akar (endodontik)
• Pembuatan korona gigi dan Jambatan korona gigi (Prosthodontik)
• Rehabilitasi mulut
• Implan gigi

Rawatan kanal akar merupakan rawatan alternative bagi gigi yang telah rosak di mana tisu pulpa telah dijangkiti atau telah mati, agar gigi tersebut tidak dicabut dan boleh terus kekal berfungsi di dalam mulut.
3. Apakah ciri- ciri gigi yang memerlukan rawatan akar?
• Gigi yang rosak teruk sehingga melibatkan lapisan pulpa
• Gigi yang telah mati (non-vital)
• Gigi yang mempunyai tampalan besar dan diindikasikan untuk pembuatan korona kadang-kadang memerlukan rawatan akar terlebih dahulu untuk perletakan tiang dan teras.

• Ketidakselesaan atau kesakitan bertambah teruk
• Jangkitan atau nanah akan terjadi pada gigi tersebut
• Gigi mungkin terpaksa dicabut

• Kebiasaan nya rawatan ini memerlukan lebih daripada satu temujanji bergantung pada tahap kerumitannya.
• Radiograph gigi akan diambil sebelum rawatan bermula untuk melihat bilangan dan keadaan akar gigi yang bermasalah
• Bahagian karies gigi yang rosak akan dibuang dan dibersihkan, seterusnya tisu pulpa yang rosak / infeksi / reput akan dibuang, & salur akar akan dibentuk, serta dibersihkan dengan bahan disinfeksi
• Salur akar yang telah dibersihkan akan ditampal menggunakan bahan tampalan akar (Gutta Percha) jika tiada lagi sebarang tanda & gejala infeksi
• Gigi akan ditampal tetap selepas rawatan salur akar selesai

• Gigi anda mungkin akan mengalami sedikit pendarahan, sakit, bengkak, dan tidak selesa
• Jangkitan kuman boleh juga terjadi, ini akan dirawat dengan pembersihan semula salur akar& preskripsi ubat tahan sakit
• Antibiotik hanya akan diberikan jika ada tanda – tanda sistemik seperti demam

FaLang translation system by Faboba