Piagam Pelanggan
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan-santun dan ikhlas.
- Setiap pesakit akan didaftarkan dalam tempoh 20 minit.
- Setiap pesakit akan diberi maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan.
- Setiap pesakit akan diberi maklumat mengenai aspek-aspek penting rawatan dan pencegahan penyakit pergigian.
- Setiap pesakit akan diberi perkhidmatan pergigian yang sewajarnya, secara cekap dan profesional.
- Rawatan pergigian akan dimulakan dalam tempoh 30 minit selepas pendaftaran kecuali dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan.
- Kemudahan dan peralatan yang digunakan dalam bilik rawatan adalah bersih dan telah melalui proses pembasmian kuman.
- Setiap pesakit akan diberi penjelasan mengenai rawatan yang akan dijalankan.
- Segala maklumat mengenai pesakit akan dirahsiakan dan hanya diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinan, tertakluk kepada undang-undang.
Kewajipan Pelanggan
Pelanggan akan:
- Memberi segala butir-butir peribadi yang tepat semasa pendaftaran dan penyediaan kad rawatan.
- Membawa dokumen seperti Kad Pengenalan atau Pasport, Surat Beranak, Surat Majikan atau Surat Sekolah, Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai, Surat Rujukan dan lain-lain yang berkaitan.
- Menepati temujanji yang diberi atau memberitahu pihak klinik pergigian sekiranya tidak dapat menepati temujanji.
- Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab.
- Memberi maklumat sebenar dan lengkap berkaitan masalah perubatan dan pergigian.
- Memberi kerjasama semasa rawatan serta mengikut nasihat yang diberi mengenai penjagaan kesihatan pergigian.
- Menjelaskan semua bayaran yang dikenakan sekiranya ada.
