Profail Korporat

Latar Belakang

Daerah Hulu Langat merupakan salah satu daripada sembilan daerah yang terdapat di negeri Selangor, Malaysia. Ia merupakan daerah ke 3 terbesar yang mempunyai keluasan 82,944 hektar atau 826 km persegi dan Ke 2 teramai bilangan penduduknya : 1,156 600 orang (Jabatan Perangkaan Malaysia, anggaran pada tahun 2015).

Daerah ini kemungkinan besar terletak dalam jajahan Negeri Sembilan sehinggalah berlaku persepakatan yang membawa kepada penyerahan daerah Lukut kepada Negeri Sembilan, dan kemudiannya membawa daerah ini masuk ke dalam wilayah Selangor.

Keindahan Daerah Hulu Langat dicerna oleh ungkapan "kampung di tengah bandar besar". Ini kerana suasana tradisi dan keindahan kampung masih tetap wujud di sini meskipun dihimpit oleh pembangunan yang agak pesat dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak terlalu hampir, selain Wilayah Persekutuan Putrajaya juga terletak terlalu dekat di bahagian selatan Hulu Langat. Daerah ini mempunyai 7 buah Mukim yang diwartakan di bawah Kanun Tanah Negara iaitu:

  

  1. Mukim Hulu Langat
  2. Mukim Ampang
  3. Mukim Cheras
  4. Mukim Semenyih
  5. Mukim Kajang
  6. Mukim Hulu Semenyih
  7. Mukim Beranang

 

Objektif Perkhidmatan

Objektif perkhidmatan adalah untuk mempertingkatkan tahap kesihatan mulut penduduk melalui perkhidmatan pencegahan, promosi, rawatan dan pemulihan.

Fungsi perkhidmatan adalah untuk memberi perkhidmatan pergigian promosi, pencegahan, rawatan dan pemulihan kepada masyarakat agar mereka mencapai tahap kesihatan pergigian yang optima sepanjang hayat.

Cetak Emel

FaLang translation system by Faboba