Indeks Artikel
Halaman 1 dari 4
Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Daerah Hulu Langat menyediakan 2 kepakaran pergigian non hospital based specialist iaitu;
- Kepakaran Ortodontik yang berada di Unit Ortodontik, Klinik Pergigian Sungai Chua
- Kepakaran Restoratif yang berada di Unit Restoratif, Klinik Pergigian Bandar Seri Putra
Di bahagian Selatan daerah Hulu Langat perkhidmatan kepakaran pergigian disediakan di Klinik Pakar Pergigian Hospital Kajang yang merupakan hospital based pespecialist dan menawarkan rawatan kepakaran dalam 3 bidang berikut;
- Unit Kepakaran Bedah Mulut dan Maksilo fasial
- Unit Kepakaran Pergigian Kanak-kanak
- Unit Kepakaran Pergigian Khas/ Special Needs
Untuk maklumat lanjut boleh layari portal rasmi Hospital Kajang di alamat http://hkjg.moh.gov.my/
Manakala di utara daerah Hulu Langat rawatan kepakaran pergigian hospital based specialist terletak di Klinik Pakar Pergigian, Hospital Ampang yang menyediakan perkhidmatan kepakaran bidang tersebut;
- Unit Kepakaran Bedah Mulut dan Maksilo fasial
- Unit Kepakaran Pergigian Kanak-kanak
Untuk maklumat lanjut boleh layari portal rasmi Hospital Ampang di alamat http://hampg.moh.gov.my/
