Article Index

 

UNIT KEPAKARAN NON HOSPITAL BASED 

Di bawah pentadbiran Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Daerah Hulu Langat

2. UNIT PAKAR RESTORATIF

 

SEJARAH

Perkhidmatan Kepakaran Restoratif di Daerah Hulu Langat bermula pada November 2007 dan ditempatkan di Klinik Pergigian Kajang. Operasi dimulakan dengan pengisian jawatan seorang Pakar Pergigian Restoratif Dr Saripah Bt Saud dan 2 orang Pembantu Pembedahan Pergigian. Pada Januari 2011, Unit Pakar Restoratif telah berpindah ke Klinik Bandar Seri Putra. 

 

PENGENALAN

Di bawah program Kepakaran Pergigian (rawatan sekunder), klinik Kepakaran Restoratif  di tempatkan bersama rawatan primer di Klinik Pergigian Bandar Seri Putra. Perkhidmatan pengurusan adalah dibawah jagaan Pegawai Pergigian Daerah Hulu Langat . Namun dari segi perkhidmatan pasukan terdiri  dari Pakar Restoratif, Pegawai Pergigian  serta Pembantu Pembedahan Pergigian.

Menerima kes rujukan daripada klinik pergigian samada kerajaan atau swasta sekitar daerah Hulu Langat dan kawasan berhampiran seperti Putrajaya dan Sempadan Negeri Sembilan iaitu Nilai.

 

MAKLUMAT KLINIK

ALAMAT

NO TELEFON/
NO FAX

MAKLUMAT’PEGAWAI PERGIGIAN YANG MENJAGA (PPYM)

 

UNIT PAKAR RESTORATIF
KLINIK PERGIGIAN
BANDAR SERI PUTRA
JALAN SP 1/9
BANDAR SERI PUTRA
43000 KAJANG
SELANGOR

03-89263197

 

DR SARIPAH BT SAUD
PAKAR RESTORATIF GRED U54

 

 

       

 

JADUAL RAWATAN UNIT PAKAR RESTORATIF

HARI

RAWATAN

MASA

ISNIN

BERDASARKAN TEMUJANJI

8.00 PAGI – 1.00 TGH

BERDASARKAN TEMUJANJI

2.00 PTG – 5.00 PTG

SELASA

BERDASARKAN TEMUJANJI

8.00 PAGI – 1.00 TGH

BERDASARKAN TEMUJANJI

2.00 PTG – 5.00 PTG

RABU

BERDASARKAN TEMUJANJI

8.00 PAGI – 1.00 TGH

BERDASARKAN TEMUJANJI

2.00 PTG – 5.00 PTG

KHAMIS

BERDASARKAN TEMUJANJI

8.00 PAGI – 1.00 TGH

BERDASARKAN TEMUJANJI

2.00 PTG – 5.00 PTG

JUMAAT

BERDASARKAN TEMUJANJI

8.00 PAGI – 12.15 TGH

BERDASARKAN TEMUJANJI

2.45 PTG – 5.00 PTG

 

SKOP PERKHIDMATAN

  • Rawatan tampalan/ restorasi intra (venir) dan ekstra korona (pembuatan corona dan jambatan)
  • Rawatan endodontic (Root Canal Treatment)
  • Rawatan implant pergigian
  • Rawatan prostetik (termasuk dentur, spin dan obturator) bagi memulihkan fungsi mulut dan aestetik pergigian
  • Rawatan pelbagai disiplin seperti “Cleft Lip & Palate”, kes orthognatic, kes orto-perio, kes orto-pedodontik, kes orto-restoratif dan kes orto-surgeri

 

KUMPULAN TARGET

  • Biasanya kategori dewasa
  • Pesakit yang memerlukan rawatan sepadu pelbagai disiplin seperti periodontik , ortodontik serta bedah mulut.

 

AKTIVITI 

  • Rawatan restoratif yang diberi adalah kes kes yang dirujuk dari Jururawat Pergigian , Pegawai Pergigian , Pakar Pakar Pergigian serta Pakar Kesihatan.
  • Pengendalian kes kes pelbagai disiplin dari perkhidmatan sepadu seperti kepakaran periodontik, ortodintik, serta bedah mulut 
  • Latihan untuk semua kategori staf

 

CAJ RAWATAN                

Caj Rawatan Pergigian

Print Email

FaLang translation system by Faboba