Article Index
Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Daerah Hulu Langat menyediakan 2 kepakakaran pergigian non hospital based specialist iaitu;
- Kepakaran Ortodontik yang berada di Unit Ortodontik, Klinik Pergigian Sungai Chua
- Kepakaran Restoratif yang berada di Unit Restorati, Klinik Pergigian Bandar Seri Putra
Di bahagian Selatan daerah Hulu Langat perkhidmatan kepakaran pergigian disediakan di Klinik Pakar Pergigian Hospital Kajang yang merupakan hospital based specialist dan menawarkan rawatan kepakaran dalam 3 bidang berikut;
- Unit Kepakaran Bedah Mulut dan Maksilo fasial
- Unit Kepakaran Pergigian Kanak-kanak
- Unit Kepakaran Pergigian Khas/ Special Needs
Untuk maklumat lanjut boleh layari portal rasmi Hospital Kajang di alamat http://hkjg.moh.gov.my/
Manakala di utara daerah Hulu Langat rawatan kepakaran pergigian hospital based specialist terletak di Klinik Pakar Pergigian, Hospital Ampang yang menyediakan perkhidmatan kepakaran bidang tersebut;
- Unit Kepakaran Bedah Mulut dan Maksilo fasial
- Unit Kepakaran Pergigian Kanak-kanak
Untuk maklumat lanjut boleh layari portal rasmi Hospital Ampang di alamat http://hampg.moh.gov.my/
UNIT KEPAKARAN NON HOSPITAL BASED
Di bawah pentadbiran Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Daerah Hulu Langat
1. UNIT PAKAR ORTODONTIK
SEJARAH
Perkhidmatan Kepakaran Ortodontik di daerah Hulu Langat berada Unit Ortodontik di Klinik Pergigian Sungai Chua dan mula beroperasi pada tahun 2012. Sebelum ini unit Ortodontik daerah Hulu Langat terletak di Klinik Pakar Pergigian, Hospital Kajang.
PENGENALAN
Di bawah program Kepakaran Pergigian (rawatan sekunder), Unit Kepakaran Ortodontik di tempatkan bersama rawatan primer di Klinik Pergigian Sungai Chua. Perkhidmatan pengurusan adalah dibawah jagaan Pegawai Pergigian Daerah Hulu Langat . Namun dari segi perkhidmatan pasukan terdiri dari Pakar Ortodontik, Pegawai Pergigian, Jururawat , Juruteknologi Pergigian serta Pembantu Pembedahan Pergigian dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
Menerima kes rujukan daripada klinik pergigian samada kerajaan atau swasta sekitar daerah Hulu Langat dan kawasan berhampiran seperti Putrajaya.
MAKLUMAT KLINIK
|
ALAMAT |
NO TELEFON/ |
MAKLUMAT PAKAR PERGIGIAN |
|
UNIT PAKAR ORTODONTIK |
TEL : 03-87331341 |
DR RUSLAN BIN SULAIMAN |

JADUAL RAWATAN UNIT PAKAR ORTODONTIK
|
HARI |
RAWATAN |
MASA |
|
ISNIN |
BERDASARKAN TEMUJANJI |
8.00 PAGI – 1.00 TGH |
|
BERDASARKAN TEMUJANJI |
2.00 PTG – 5.00 PTG |
|
|
SELASA |
BERDASARKAN TEMUJANJI |
8.00 PAGI – 1.00 TGH |
|
BERDASARKAN TEMUJANJI |
2.00 PTG – 5.00 PTG |
|
|
RABU |
BERDASARKAN TEMUJANJI |
8.00 PAGI – 1.00 TGH |
|
BERDASARKAN TEMUJANJI |
2.00 PTG – 5.00 PTG |
|
|
KHAMIS |
BERDASARKAN TEMUJANJI |
8.00 PAGI – 1.00 TGH |
|
BERDASARKAN TEMUJANJI |
2.00 PTG – 5.00 PTG |
|
|
JUMAAT |
BERDASARKAN TEMUJANJI |
8.00 PAGI – 12.15 TGH |
|
BERDASARKAN TEMUJANJI |
2.45 PTG – 5.00 PTG |
SKOP PERKHIDMATAN
Skop perkhidmatan Pakar Ortodontik Hulu Langat meliputi rawatan ortodontik, pencegahan dan pintasan serta pendidikan ortodontik. Rawatan yang diberi adalah seperti di bawah:
- Rawatan Ortodontik dengan aplians tetap dan aplians boleh tanggal
- Rawatan Modifikasi Tumbesaran menggunakan Aplians Fungsi
- Rawatan Pintasan (Interceptive Orthodontics)
- Rawatan pelbagai disiplin seperti “Cleft Lip & Palate”, kes orthognatic, kes orto-perio, kes orto-pedodontik, kes orto-restoratif dan kes orto-surgeri
KUMPULAN TARGET
- Semua murid sekolah bawah umur 18 tahun (kiraan tarikh lahir)
- Pesakit yang memerlukan rawatan sepadu pelbagai disiplin seperti periodontik , restoratif serta bedah mulut.
AKTIVITI
- Rawatan ortodontik yang diberi adalah kes kes yang dirujuk dari Jururawat Pergigian , Pegawai Pergigian , Pakar Pakar Pergigian serta Pakar Kesihatan.
- Pengendalian kes kes pelbagai disiplin dari perkhidmatan sepadu seperti kepakaran periodontik, restoratif, serta bedah mulut
- Latihan untuk semua kategori staf
CAJ RAWATAN
UNIT KEPAKARAN NON HOSPITAL BASED
Di bawah pentadbiran Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Daerah Hulu Langat
2. UNIT PAKAR RESTORATIF
SEJARAH
Perkhidmatan Kepakaran Restoratif di Daerah Hulu Langat bermula pada November 2007 dan ditempatkan di Klinik Pergigian Kajang. Operasi dimulakan dengan pengisian jawatan seorang Pakar Pergigian Restoratif Dr Saripah Bt Saud dan 2 orang Pembantu Pembedahan Pergigian. Pada Januari 2011, Unit Pakar Restoratif telah berpindah ke Klinik Bandar Seri Putra.
PENGENALAN
Di bawah program Kepakaran Pergigian (rawatan sekunder), klinik Kepakaran Restoratif di tempatkan bersama rawatan primer di Klinik Pergigian Bandar Seri Putra. Perkhidmatan pengurusan adalah dibawah jagaan Pegawai Pergigian Daerah Hulu Langat . Namun dari segi perkhidmatan pasukan terdiri dari Pakar Restoratif, Pegawai Pergigian serta Pembantu Pembedahan Pergigian.
Menerima kes rujukan daripada klinik pergigian samada kerajaan atau swasta sekitar daerah Hulu Langat dan kawasan berhampiran seperti Putrajaya dan Sempadan Negeri Sembilan iaitu Nilai.
MAKLUMAT KLINIK
|
ALAMAT |
NO TELEFON/ |
MAKLUMAT’PEGAWAI PERGIGIAN YANG MENJAGA (PPYM) |
|
UNIT PAKAR RESTORATIF |
03-89263197 |
DR SARIPAH BT SAUD |
JADUAL RAWATAN UNIT PAKAR RESTORATIF
|
HARI |
RAWATAN |
MASA |
|
ISNIN |
BERDASARKAN TEMUJANJI |
8.00 PAGI – 1.00 TGH |
|
BERDASARKAN TEMUJANJI |
2.00 PTG – 5.00 PTG |
|
|
SELASA |
BERDASARKAN TEMUJANJI |
8.00 PAGI – 1.00 TGH |
|
BERDASARKAN TEMUJANJI |
2.00 PTG – 5.00 PTG |
|
|
RABU |
BERDASARKAN TEMUJANJI |
8.00 PAGI – 1.00 TGH |
|
BERDASARKAN TEMUJANJI |
2.00 PTG – 5.00 PTG |
|
|
KHAMIS |
BERDASARKAN TEMUJANJI |
8.00 PAGI – 1.00 TGH |
|
BERDASARKAN TEMUJANJI |
2.00 PTG – 5.00 PTG |
|
|
JUMAAT |
BERDASARKAN TEMUJANJI |
8.00 PAGI – 12.15 TGH |
|
BERDASARKAN TEMUJANJI |
2.45 PTG – 5.00 PTG |
SKOP PERKHIDMATAN
- Rawatan tampalan/ restorasi intra (venir) dan ekstra korona (pembuatan corona dan jambatan)
- Rawatan endodontic (Root Canal Treatment)
- Rawatan implant pergigian
- Rawatan prostetik (termasuk dentur, spin dan obturator) bagi memulihkan fungsi mulut dan aestetik pergigian
- Rawatan pelbagai disiplin seperti “Cleft Lip & Palate”, kes orthognatic, kes orto-perio, kes orto-pedodontik, kes orto-restoratif dan kes orto-surgeri
KUMPULAN TARGET
- Biasanya kategori dewasa
- Pesakit yang memerlukan rawatan sepadu pelbagai disiplin seperti periodontik , ortodontik serta bedah mulut.
AKTIVITI
- Rawatan restoratif yang diberi adalah kes kes yang dirujuk dari Jururawat Pergigian , Pegawai Pergigian , Pakar Pakar Pergigian serta Pakar Kesihatan.
- Pengendalian kes kes pelbagai disiplin dari perkhidmatan sepadu seperti kepakaran periodontik, ortodintik, serta bedah mulut
- Latihan untuk semua kategori staf
CAJ RAWATAN

